Page ini memaparkan semua memo umum  sekolah.                           Memo 2008    Memo 2009

 


Jan:2010

Program jangkau luar (outreach) kampus Astro

1. Pihak Astro, dengan kebenaran JPNS akan mengadakan Program Jangkau Luar (Outreach) di SMK Serian pada hari Rabu, 27.01.2010, dari jam 0800 hingga 1400. Program tersebut akan diadakan di kawasan letak kereta (dengan kanopi) bersebelahan dewan makan.

2. Pihak Astro akan mengadakan pameran dalam Trak Kampus Astro (sebuah kontainer). Selain itu, pameran juga akan diadakan diluar kontainer tersebut. Antara aktiviti ialah:

Demonstrasi Sains oleh Pusat Sains Negara
Pameran TVIQ (eksperimen Sains)
Pameran History Channel (Electric Dreams)
Pameran National Geographic (Tornado / air pancutan)
Pameran Disney (Phineas & Ferb minda kreatif)
Aktiviti Astro Ceria (segmen soal jawab)
Aktiviti Discovery (permainan komputer interaktif)
Aktiviti Kuiz & soalan trivia

3. Aktiviti ini sesuai untuk pelajar menengah rendah. Memandangkan bilangan pelajar kita yang ramai, keutamaan aktiviti ini diberikan kepada pelajar menengah rendah asrama.

4. Cikgu Sigal telah diberi tanggung jawab untuk menguruskan aktiviti tersebut. Semua guru dalam AJK B&K boleh membantu beliau.

Kontrak pelajar

Memo ini adalah untuk perhatian Guru Tingkatan dan Warden Asrama:

1. Guru Tingkatan hendaklah menerangkan peraturan sekolah dan peraturan asrama kepada pelajar. Ianya boleh diterangkan dalam lebih daripada satu sesi penerangan. Pelajar harian juga didapati perlu mengetahui peraturan asrama.

2. Selepas sesi penerangan, pelajar dikehendaki untuk menandatangani kontrak pelajar. Kontrak itu hendaklah difailkan ke dalam fail disiplin kelas. Saya mengambil keputusan supaya kontrak ini ditangani setiap tahun, termasuk tahun 2010. Kontrak tahun lepas bolehlah diasingkan sahaja. Dokumen kontrak baru ini sudah dicetak dan boleh diperolehi daripada En Albert.

3. Selepas itu, dokumen peraturan sekolah dan peraturan asrama itu dilekatkan dalam kelas. Ini boleh dilakukan oleh Guru Tingkatan sesi petang (dalam kelas hanya perlu satu set sahaja peraturan tersebut).

4. Warden Asrama juga boleh menerangkan peraturan asrama sekali lagi kepada penghuni. Warden adalah diminta untuk mempamirkan satu salinan peraturan sekolah dan peraturan asrama di asrama masing-masing.

Kutipan untuk takaful pelajar 2010

Memo ini adalah untuk Guru Tingkatan:

1. Sila kutip yuran berikut daripada pelajar:

Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) = RM4.00
Sumbangan Skim Takaful = RM1.50


2. Sila dapatkan surat kepada ibu bapa tentang kutipan ini daripada En. Albert mulai Selasa 19.01.2010.

3. Sila pastikan urusan kutipan itu diselesaikan sebelum 31.01.2010. Serahkan kutipan kepada Pn Nancy dan dapatkan resit daripada beliau. Fotostat resit dan pamerkan dalam kelas, bersama dengan senarai pelajar yang telah membayar. Sila simpan resit original dan rekod pelajar yang membuat pembayaran dalam fail kelas masing-masing.

Tindakan kawalaan denggi di sekolah

1. Wabak denggi di Sarawak masih menjadi masalah dan ancaman kesihatan awam pada masa ini. Sebagai langkah berjaga-jaga, guru dan kakitangan sekolah adalah diminta untuk mengambil langkah-langkah berikut:


Warden - periksa kawasan pembiakan nyamuk di kawasan asrama dan hapuskan
Penghuni kuarters - pastikan persekitaran kuarters adalah bersih dan bebas daripada tepat pembiakan nyamuk. Sekiranya pihak kesihatan memeriksa kawasan kuarters guru / AKS, dan didapati ada jentik-jentik, guru / AKS adalah bertanggung jawab sendiri untuk membayar kompaun.
Guru Tingkatan - ingatkan pelajar tentang bahaya aedes
AJK 4K - sila periksa kawasan sekolah dan arahkan pekerja swasta untuk menghapuskan tempat-tempat yang berkemungkinan nyamuk membiak

Penyediaan rekod mengajar

1. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaaan) 1997 menyatakan:

Perkara 7: Guru perlu menyediakan salinan sukatan pelajaran yang diluluskan dan senarai murid-murid untuk pemeriksaan
Perkara 8: Seseorang guru dalam suatu sekolah ... hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu buku rekod dalam mana hendaklah rekod olehnya tidak lewat daripada hari akhir persekolahan setiap minggu dalam suatu penggal persekolahan, bahagian atau bahagian-bahagian sukatan pelajaran yang diluluskan yang akan diajar pada minggu berikutnya berkaitan dengan suatu mata pelajaran, dan buku rekod hendaklah dengan serta merta diadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar.
Perkara 11. Seseorang guru hendaklah mengajar mengikut suatu sukatan pelajaran yang diluluskan dan suatu jadual waktu yang diluluskan dan mana-mana guru yang mengajar murid atau mana-mana orang yang membenarkan seseorang guru mengajar murid melainkan daripada mengikut sukatan pelajaran yang diluluskan atau jadual waktu yang diluluskan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarajakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

2. Mengikut Surat Pekeliling Iktisas Bil. 3/1999 bertarikh 09.03.1999, "Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran", ... Rekod Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah mengandungi hanya dua unsur sahaja, ia itu:

Rancangan Pelajaran Tahunan - mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh KPM

Rancangan Pelajaran Harian - yang merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai.

3. Mengikut SPI tersebut juga, RPH ini boleh disediakan dalam apa juga bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Ia haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang lebih berkuasa. Bahan-bahan lain yang berkaitan dengan penyediaan RPT dan RPH juga perlu diuruskan dengan biak dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.

4. Dengan ini, guru-guru adalah dikehendaki untuk menyediakan RPT dan RPH dalam bentuk blog dan dihantar kepada Pengetua dan Penolong Kanan / Guru Kanan yang telah diberi kuasa oleh Pengetua mengikut jadual (kumpulan dan tarikh) yang disediakan. Bahan-bahan lain yang berkaitan dengan RPT dan RPH juga boleh diuruskan dalam blog berkenaan sebagai pautan, dan mudah untuk dicari (mesra pengguna). Guru-guru juga perlulah menulis RPT dan RPH mengikut format yang telah dipersetujui dalam mesyuarat Panitia masing-masing.

5. Dengan ini juga saya ingin mengingatkan guru-guru supaya mematuhi jadual tersebut tanpa menunggu Pengetua / PK / GK untuk memintanya daripada guru.


--
Thank you. Wishing you a prosperous New Year.


Date: Jan 2010

Salam Tahun Baru,

1. Disertakan senarai AJK 2010. Walaubagaimanapun, saya hanya menyenaraikan Ketua dan Setiausaha sahaja dulu, kecuali beberapa AJK yang perlu bergerak awal.

2. Dengan ini, Ketua bolehlah merancang apa yang boleh dibuat oleh AJK masing-masing dan bersedia dengan draf aktivii 2010.

3. Senarai lengkap akan dikeluarkan selepas AJK Pengurusan bermesyuarat dalam minggu ini.

4. Kita akan cuba untuk mengurangkan AJK, meminimakan penglibatan guru dalam 1 AJK kecuali dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan. Dengan ini, kita berharap guru boleh memberi fokus. Walaubagai manapun, sesaorang guru mungkin masih terlibat dalam menjayakan aktiviti AJK tertentu walaupun guru itu tidak berada dalam AJK berkenaan. Contohnya: seorang guru boleh dilantik untuk memeriksa kebersihan kantin pada hari-hari tertentu walaupun guru tersebut tidak menganggotai AJK 4K.

5. AJK Kurikulum dan hal-hal berkaitan dengan kurikulum dan panitia akan diumumkan kemudian, dalam minggu ini juga.

--
Thank you. Wishing you a prosperous New Year.



'Some choose to not play at all… they sit on the sidelines of life and just watch it go by.
Some choose to play to not lose… always playing defense, protecting what is instead of creating what could be.
And then there are those who choose to PLAY TO WIN… the unreasonable person who doesn’t go after what they think they can get, but goes after exactly what they want'