1977-1981
1977-1981
1977
- Sebuah lagi asrama ala rumah panjang dibina untuk lelaki.
- Bumbung asrama Nepal dan Malaysia ditukar kepada asbestos. 05.04.1977 -
3 orang pegawai UNESCO, Paris, melawat SMK Serian. 28.07.1977 - Lawatan
rasmi Y.B. Tuan Hj Salleh Jaffaruddin, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia
ke SMK Serian.
1978
- Encik Wilfred Nissom menjadi Pengetua selama sebulan.
- Mei 1978 - Encik Fong Chee Hung mengambil alih tapuk pentadbiran.
Bilangan guru ialah 78 orang dan pelajarnya ialah 2045 orang.
- Seorang Volunteer Service Overseas (VSO) dari England berkhidmat di
sekolah ini.
1979
- Rumah–rumah sukan mendapat nama baru sempena 7 bahagian Sarawak selepas
dinamakan mengikut warna.
1980
- 4 buah kelas aliran Bahasa Malaysia dibuka untuk Tingkatan 4.
- Pembinaan Klinik Pergigian Sekolah.
- Penubuhan Persatuan Kadet Bersatu Malaysia.
- 27 Jun 1980 – Dato’ Abdul Rahman Hj. Arshad, Timbalan Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia melawat SMK Serian.
1981
- Klinik Pergigian Sekolah mula beroperasi.
- Perutusan–perutusan dalam Majalah Sekolah ditulis dalam Bahasa Malaysia.
- Asrama Nepal runtuh sendiri.
- 4 orang pelajar mewakili Negeri Sarawak dan telah menjuarai Kuiz Sejarah
Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Johor Bahru.
- Seramai 173 orang pelajar SMKS menduduki peperiksaan SPM buat julung
kalinya.