1989-1991
1989-1991
1989
- Bilangan pelajar – 2098 orang dengan 92 orang guru.
- Bangunan KBSM 3 tingkat dibina. 2 kelas Tingkatan 6 Rendah aliran
sastera diperkenalkan, terulung di Daerah Serian.
- 2 Jan 1989 – Jawatan Penolong Kanan (HEM) diperkenalkan dengan Encik
Joseph Junting memegang jawatan ini.
1990
- Peperiksaan STPM calon sekolah buat pertama kali diadakan di SMK Serian.
- Tan Kai Wang menyertai SUKMA 3 di Kuching, ABC Champion Cup di Jakarta
dan Kejohanan Belia Asia Bawah 20 tahun di Nagoya, Jepun. Chai Lee Choo
menyertai Kejohanan Olahraga MSSM Ke – 32 di Kuantan, Pahang.
- 10 Okt 1990 – Lawatan Kontinjen Permainan Perbatasan Malaysia /
Indonesia.
- 23 Okt 1990, Lawatan Encik Harry K. Go dari World Bank Mission sempena
projek pembangunan sekolah yang bernilai RM2,385,082.
1991
- Bilangan guru ialah 100 orang dengan 2175 orang pelajar.
- Asrama–asrama dan surau lama dirobohkan untuk membuka jalan kepada
pembinaan blok kelas 3 tingkat, 2 buah asrama lelaki dan flet guru.
- 18 Jan 1991 – Lawatan Rasmi Datuk Asiah Abu Samah, Timbalan Ketua
Pengarah Pendidikan 1 Malaysia bersama rombongannya.
- PIBG menerima sumbangan sebanyak RM5000.00 daripada Y.B. En Federick
Bayoi Manggie untuk pembinaan Studio Seni Lukis.
- 9 Ogos 1991 – Lawatan rombongan Pegawai Pendidikan dan Pengetua dari
Perak.
- 11 Sept 1991 – Lawatan rombongan dari JPN dan Pegawai Pendidikan dan
Pengetua dari Pulau Pinang.
- 10 Okt 1991 – Lawatan 3 orang doktor Pergigian dari China.
- 20 Nov 1991– Kunjungan rombongan Pegawai World Bank Appraisal Mission
Washington D.C, USA.