1992-1994

1992-1994

1964-67 1968-71 1972-76 1977-81
1982-88 1989-91 1992-94 1995-96
1997 1998 1999 2000
2001 2002 2003 2004

1992
  • Blok kelas baru mula digunakan. 2 blok kelas dan 1 blok makmal sains dirobohkan untuk tapak Dewan Serbaguna, blok makmal Sains dan surau. 1 blok kelas lama diubahsuaikan untuk bengkel KHB/KMT. Berek guru mula dibina.
  • Nama–nama asrama ditukarkan kepada nama–nama bunga (asrama perempuan) dan burung (asrama lelaki).
  • Seramai 24 orang pelajar dalam arena sukan telah berjaya dipilih untuk mewakili Bahagian dan Negeri Sarawak dalam Kejohanan–kejohanan MSS Sarawak / Malaysia Olahraga, Bola Sepak (FAM / MILO / YAYASAN), Bola Kerajang (Remaja Kebangsaan / Antara Bahagian), Bola Jaring (SUKMA) dan Tenis (MSS Sarawak / Malaysia).
  • 15 Jun 1992 – Buat julung-julung kalinya seorang pengetua bersara di SMK Serian.
  • Satu majlis besar–besaran diadakan untuk Puan Hajah Rohani bt Hj. Munir (AMM, PPB, ABS). Biodata Puan Hajah dirakamkan dalam Majalah Berdikari Edisi 27.
  • Jun 1992 – Penolong Kanan 1 , Encik Tan Ek Tee dan Penyelia Petang, Drs Ibrahim Shah juga turut meninggalkan SMK Serian. Masing–masing ditukar ke sekolah lain.
  • 19 Jun 1992 – Encik Zulwali Kifli Merawi mengambil alih tugas sebagai Pemangku Pengetua.
1993
  • Bilangan guru meningkat kepada 106 orang dengan 2256 orang pelajar.
  • Logo PIBG dan Lagu Sekolah (Anak SMK Serian) dicipta.
  • Motto sekolah diubahsuaikan daripada ‘Belajar, Berkhidmat, Berkongsi' kepada 'Berilmu, Beriman, Berbakti'.
  • Tahun yang cukup gemilang bagi SMKS dalam arena sukan dan Ko–Kurikulum lain. Ramai pelajar dipilih untuk mewakili MSS Bahagian / MSSM / Bahagian / Negeri di pertandingan anjuran MSSS / MSSM, persatuan negeri dan kebangsaan.
  • 19 Feb 1993 – Lawatan rombongan Penolong Pengarah dan Pegawai Pendidikan seluruh Malaysia.
  • 17 Mei 1993 – Lawatan rombongan Pengetua dan Pegawai JPN Terengganu.
  • 24 Julai 1993 – Bekas pelajar ‘Senior Cambridge’ pertama SMK Serian, Y.B. Encik Richard Riot, Ahli Parlimen P160 merasmikan Kejohanan Sekolah Ke – 28 di Kompleks Sukan Serian.
  • 9 Ogos 1993 – Dewan Serbaguna diberi nama Dewan Sri Sadong, mula digunakan untuk Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah.
  • Disember 1993 – Flet guru baru dan asrama lelaki didiami. Surau baru digunakan.
1994
  • Bilangan guru 112 orang, pelajar 2094 orang dan kakitangan bukan akademik 27 orang.
  • 15 Jan 1994 – Malam Silaturahim bekas pelajar dan guru SMK Serian anjuran PIBG sempena sambutan Ulang Tahun Ke – 30. Dirasmikan oleh Y.B. Dr Patau Rubis, Menteri Kewangan Dan Kemudahan Awam. 5 orang bekas pengetua turut hadir.
  • 24 Jan 1994 – Encik Zulwali Kifli meninggalkan SMKS untuk melanjutkan pelajarannya di United Kingdom.
  • 3 Mac 1994 – Encik Haili Bin Dolhan melaporkan diri untuk bertugas sebagai Pengetua SMKS ke – 10.
  • 4 April 1994 – Menerima cek berjumlah RM20,000.00 dari Tabung Projek–projek Kecil Luar Bandar dan dikreditkan ke Tabung Amanah Riadah SMK Serian untuk tujuan pembelian computer.
  • 23 Julai 1994 – Lawatan rombongan Pengarah dan Pegawai JPN Pahang.
  • 4 Ogos 1994 – Lawatan Kontingen Permainan Perbatasan Malaysia / Indonesia.
  • Dinding kayu Bengkel KHB / KMT, Jimnasium dan Koperasi ditukar kepada dinding konkrit.
  • 19 Okt 1994 – Perayaan Ulang Tahun Ke – 30 dan Hari Terbuka SMK Serian.
  • Disember 1994 – Makmal baru (Makmal kimia, Makmal biologi, Makmal fizik dan Bilik ERT) mula digunakan. Makmal Sains (Projek Kilat) diubah menjadi Bilik Matematik dan Bilik Bahasa Inggeris (English Language Resource Room).
  • 16 Dis 1994 – Lawatan Penyelarasan Projek Penyelenggaraan Khas oleh En. Abdillah Adam (KPP) dan En. Dingih Kihong (PP) dari Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
  • Dinding pembahagi Bilik Matematik dan Bilik APD di Blok C dirobohkan untuk memperbesarkan bilik guru.