1995-1996
1995-1996
1995
- Bilangan guru 105 orang, pelajar 2010 orang dan kakitangan sokongan
27 orang.
- Lapan orang pelajar lepasan STPM 1994 ditawarkan untuk memasuki
universiti tempatan.
- 20 Jan 1995 – Pn. Maimunah Bujang (Penolong PPB Bahagian Kuching /
Semarahan) merasmikan Sukan Tahunan Sekolah Ke – 29.
- Pemindahan perabot dan barang–barang dari bilik guru lama ke bilik
baru.
- Feb 1995 – Bumbung Blok Pentadbiran, Blok C dan Kuarters guru
ditukar kepada atap ‘aspendek’. Dinding luar Dewan Makan, Blok
Pentadbiran, Blok C dan Blok Makmal Rendah serta kuarters guru dicat
semula.
- Mac 1995 – Pejabat Am, Bilik Pengetua dan Penolong Kanan 1 dinaikkan
taraf. Dinding pembahagi Pejabat Am dan Bilik Guru lama diubahsuaikan
untuk memberi ruang kepada Bilik PK 2 (HEM) dan Penyelia Petang di dalam
Pejabat Am. Tandas-tandas guru dan Pejabat Am dinaik taraf.
- 24 Mac 1995 – Pn. Dona Babel KPP Bahagian Penyeliaan Sekolah, En.
Peter Foo Chee Hui (Nazir), Pn. Ellen Manium Engang (PP Ko-kurikulum),
En. Ishak Hashim (PP Bahagian Penyeliaan Sekolah), En Abdul Rahman Sotol
(Penyelia Kumpulan) dari JPNS membuat penilaian terhadap SMKS untuk
dijadikan SEKOLAH HARAPAN NEGARA.
- Jun 1995 – Bilik guru A dijadikan Bilik Kegiatan Guru. Bilik Sumber
di tingkat atas Blok Pentadbiran diubahsuaikan untuk memperbesarkan
Perpustakaan sedia ada. Bilik Rujukan di sebelah perpustakaan dijadikan
bilik Komputer. Pemasangan hawa dingin di dalam Pejabat Am, Bilik
Kegiatan Guru dan Bilik Komputer.
- 1 Julai 1995 – Perasmian Mesyuarat Agong PIBG SMKS Ke – 9 oleh
Y.B.En Richard Riot, MP Serian.
- 17 Julai 1995 – En. Ong Siang Phiaw (PK HEM) naik pangkat dan
berpindah ke Sekolah Menengah Vokasional Miri sebagai Pemangku Pengetua.
Encik Dingih Kihong dari Pejabat Pendidikan Negeri melaporkan diri untuk
bertugas sebagai PK HEM baru SMK Serian.
- 18 Sept 1995 – Lawatan En Abdillah Adam (KPP P&B), En Mohd Pauzan
Nuruddin (TKPP P&P) dan En Rosdi B. Hj. Dahlan (PP Bahagian).
- Nov 1995 – Menaik taraf kantin sekolah. Memperbaiki bumbung laluan
pejalan kaki yang sedia ada dan membina yang baru untuk menghubungi blok
Makmal Sains Rendah dengan Blok A, Blok D dengan Bilik Guru & Dewan Sri
Sadong dengan Blok KMT.
- Dis 1995 – Bilik Kaunseling dan Bilik Pengawas diubahsuaikan untuk
dijadikan bilik Kebal Pejabat Pendidikan Daerah Serian.
1996
- Bilangan guru 105 orang, pelajar 2162 orang dan kakitangan sokongan
27 orang.
- Pelajar cemerlang dalam Peperiksaan Awam 1992 :
PMR – Liu Wei Ming (8As), Liew Hsia Jing (8As), Bibiana Laura
Petter (7As) & 13 orang dengan sekurang-kurangnya 5As.
SPM – Kitty Bong (10 Unit) , Andrew Edmund John (11 Unit) ,
Brendan Kon (11 Unit) & 7 orang lain sekurang–kurangnya 15 Unit.
STPM – Chin Siaw Thin (3As,2Bs) & Sedia Ak Lungkam (3As,2Bs).
- 27 orang pelajar lepasan STPM 1995 dan seorang lepasan STPM 1994
ditawarkan masuk ke universiti tempatan.
- 1 April 1996 – En. Dingih Kihong (PK HEM) meninggalkan sekolah untuk
bertugas semula di Pejabat Pendidikan Negeri (Bahagian Ko–Kurikulum).
- 19 April 1996 – Peninjauan Bilik Kebal oleh En. Abdul Hamid, En.
Mohd. Fuad Bin Hj. Othman, En. Zamalludin Bin Ibrahim dan En. Ahmad
Sabari Kasima.
- Mei 1996 – Menaik taraf sistem pendawaian dari Fasal tunggal ke
Fasal 3 di Blok Pentadbiran dan Blok Makmal Rendah.
- 12–15 Sept 1996 – Program Perkhemahan Motivasi Sekolah–Sekolah
Rendah Daerah Serian anjuran PPD Serian diadakan di SMK Serian.
- Ogos 1996 – Tandas di belakang Jimnasium diubahsuaikan untuk
dijadikan stor peralatan pekerja Am.
- Ogos 1996 – SMK Serian digunakan sebagai ‘Pusat Pilihan Raya Dewan
Undangan Negeri Ke–7’.
- 17–18 Sept 1996 – Stor peralatan pekerja Am dirobohkan untuk membina
sebuah pondok pelajar menunggu ibu bapa.
- Sept 1996 – Membaiki dan menurap jalan raya utama di kawasan
sekolah.
- 13 Sept 1996 – Lawatan rombongan Pengawas dari SMK Engkilili, Sri
Aman.
- 26 Sept 1996 – Lawatan Kontingen Permainan Perbatasan Indonesia /
Malaysia.
- 21 Nov 1996 – Majlis perpisahan untuk En Haili Bin Dolhan yang
meninggalkan SMK Serian untuk melanjutkan pelajaran (PHD) di UK.