1997
1997
- Bilangan staf akademik 107 orang, staf sokongan 27 orang dan pelajar
2108 orang.
- Januari 1997 – Dr. Zulwali Kifli kembali ke SMK Serian dan menjadi
Pengetua SMK Serian buat kali ke - 2. Walau bagaimanapun, beliau hanya
bertugas di SMK Serian selama 6 bulan sahaja dan tugasnya diambil alih
oleh PK 1, En. Douglas Ak Jaga.
- Pelajar cemerlang dalam peperiksaan Awam 1997 :
PMR – Chong Fui Kian (8As), Victoria Petrus (7As), Jessica Sheira (7As),
Rosalie Vera (7As), Liew Yiih Min (7As), Freddy Yeo (7As), Mohd. Tarmizi
(7As) & 16 orang pelajar dengan sekurang–kurangnya 5As.
SPM – Chai Ching Ting (8 unit), Kiew Sin Cheng (9 unit), Rosli B.Rapaee
(9 unit), Law Aik (10 unit) & 8 orang dengan sekurang–kurangnya 14 unit.
- Pasukan atlit SMK Serian menjuarai Kejohanan Olahraga MSS Bahagian
Kuching / Semarahan 1997 dengan memenangi 21 pingat emas, 12 pingat
perak dan 9 pingat gangsa. Bagi Kejohanan Peringkat MSS Sarawak pula,
SMK Serian menjadi Naib Johan dan dihadiahkan sebanyak RM2000.00 sebagai
Ganjaran Cabaran Caltex Techron 1998.
- Mac 1997 – Majlis Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Serian dirasmikan
oleh Y.B. En William Mawan Ak Ikom P.B.S, A.M.N, Menteri Muda Kewangan
dan Kemudahan Awam Sarawak.
- 10 Mei 1997 – Seminar Pendidikan Zon C diadakan di SMK Serian.
Ceramah 'Perlunya Pemikiran Kreatif dan Kritis Dalam Menghadapi Cabaran
Abad Ke–21’ disampaikan oleh Ketua Sektor Perkhidmatan, Pengurusan dan
Kakitangan Jabatan Pendidikan Tuan Hj. Dr Adi Badiozaman Tuah.
- 24 Mei 1997 – Majlis Perayaan Hari Guru Peringkat Bahagian Kuching /
Semarahan berlangsung di SMK Serian. Dirasmikan oleh Y.B.En. Michael
Manyin Ak Jawong A.M.N, Menteri Muda Kemajuan Tanah Sarawak.
- 1–3 Ogos 1997 – Kursus Motivasi Dan Teknik Belajar Cemerlang anjuran
Jabatan KEMAS Sarawak untuk sekolah–sekolah menengah di Daerah Serian.
- 9 Ogos 1997 – Mesyuarat Agung PIBG SMK Serian dirasmikan oleh Y.B.
En Awang Tengah Bin Ali Hassan A.M.N, Menteri Muda di Jabatan Ketua
Menteri.
- 10 Dis 1997 – Lawatan Pegawai Belia & Sukan Bahagian Semarahan En
Sapiee Hj. Sam, perbincangan mengenai Program Khidmat Sosial Negara.
- Dis 1997 – Puan Juita Bt Sepawi melapor diri bertugas sebagai
Pengetua SMK Serian.

