2004
2004
2004
- Bilangan Staf akademik meningkat lagi menjadi 131 orang, staf
sokongan 32 orang dan pelajar 2807 orang.
- Subjek MPV (matapelajaran Vokasional) mula ditawarkan kepada pelajar
Tingkatan 4.
- 19 Jan 2004 – En Matnoh Hj Minan AMN, melapor diri bertugas sebagai
Pengetua SMK Serian.
- 14 Feb 2004 – Majlis Perpisahan untuk En Milon, bekas PK 1 SMK
Serian yang sekarang bertugas sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Padawan,
Sg Maong, Kuching.
- 16 Feb 2004 – Program Khidmat Negara buat kali pertama diadakan
untuk pelajar lepasan SPM 2003. Puluhan pelajar SMK Serian terpilih
menyertai program 3 bulan ini.
- 27 Mac 2004 – Menganjur Majlis Tadarus Al–Quran untuk sekolah–sekolah
rendah dan Menengah Daerah Serian. Majlis Penutupan dirasmikan oleh En .
Abg Mordian Abg Gabil, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Serian.
- 30 Mac 2004 – Taklimat hal – hal perkhidmatan oleh En Hassan Wa’Gani
(Penolong Pengarah Kanan, JPNS), En James Sidek (Penyelia Kumpulan, JPNS)
& En Gan Peng Aun (Penolong Pegawai Tadbir N32, JPNS), Kuching.
- 14 April 2004 – Demostrasi Anjing Pengesan Dadah oleh Pegawai –
pegawai Kastam, Kastam Diraja Malaysia Unit Narkotik Kuching.
- 15 April 2004 – Ceramah Kesihatan berkaitan dengan Penyakit
berjangkit oleh Inspektor Kesihatan Serian.
- 28 April 2004 – Kursus “Jerayawara Meningkat Kesedaran Dan Minat
Terhadap Sains Dan Teknologi” anjuran Jabatan Ketua Menteri.
- 10 Mei 2004 – Seramai 20 orang pelajr lepasan SPM 2003 ditawarkan ke
Matrikulasi Sains Labuan.
- 12 Mei 2004 – Kejohanan Sukan Tahunan Ke-39 SMK Serian dirasmikan
oleh En Sukeman Suradi, Pegawai Pendidikan Bahagian Semarahan. Buat kali
pertama 12 pasukan rumah sukan mengikut Kelas A, B, C …… diadakan. Ramai
pelajar terpilih untuk mewakili rumah masing–masing dan para peserta
tahun ini telah menunjukan semangat kesukanan yang amat mengalakkan.
- 10 Julai 2004 – Majlis Penyampaian Hadiah Jogerton & Pelancaran
Rasmi Sambutan Perayaan Jubli Delima SMK Serian (1964-2004) yang
bertemakan “SMK Serian Ke Arah Keunggulan” dirasmikan oleh Y.B.En
Richard Riot Ak Jaem JBS, KMN, Ahli Parlimen Malaysia, P.199 Serian.
- 17 Julai 2004 – Majlis Perasmian Hari Terbuka SMK Serian sempena
sambutan Jubli Delima oleh Y.B.En Frederick Bayoi Manggie AMN, PBS Adun
N.17 Kedup. Pesta jualan/Jumble Sale, Senamrobik, Ceramah Motivasi
Pelajr Tahun 6 & Pameran Kelab/Persatuan turut diadakan.
- 20 Julai 2004 – Kajian keberkesanan Program NILAM (Kebangsaan) oleh
Dr Ismail Sheikh Ahmad, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
dan Cik Annie Teresa John, Pegawai Teknologi Pendidikan , Pusat Sumber
Pendidikan Negeri Sarawak.
- 31 Julai 2004 – Ceramah KeIbuBapaan yang bertajuk “Mendidik Anak Ke
Arah Kecemerlangan” oleh En Ahmad Bin Sabu AMN, ABK, Penolong Pengarah
Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. Seramai
lebih kurang 500 orang hadirin yang terdiri daripada ibu bapa dan guru
ini bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah serta bilik–bilik
kelas dan mengecat blok–blok bangunan sekolah selepas ceramah tersebut.
Kerja mengecat diteruskan dan disiapkan oleh beberapa orang kakitangan
sokongan SMK Serian.
- 14 Ogos 2004 – Majlis Penutupan Jubli Delima SMK Serian
disempurnakan oleh Y.B.En Frederick Bayoi Manggie ADUN N. 17 Kedup.
Bekas–bekas pengetua dan YDP PIBG SMK Serian dijemput bagi memeriahkan
majlis tersebut. Mereka diberi sijil penghargaan dan cenderamata bagi
mengenang jasa yang pernah mereka curahkan di SMK Serian. Pada majlis
tersebut, sijil dan cenderamata turut disampaikan kepada guru-guru dan
kakitangan yang telah berkhidmat selama 15 tahun ke atas di sekolah ini.
Sijil penghargaan juga disampaikan kepada ibu bapa yang telah berjaya
membimbing anak–anak mereka sehingga berjaya. Majlis ini turut diserikan
dengan upacara pemotongan kek hari jadi sekolah yang dilakukan oleh
tetamu kehormat, bekas–bekas pengetua dan juga Yang Dipertua PIBG. Yang
Berhormat dan tetamu jemputan juga dibawa melawat pameran Sejarah
Perkembangan SMK Serian.
